Annie Dookhan (Boston Globe)
Massachusetts - Seramai 300 banduan di Massachusetts, Amerika Syarikat terpaksa dilepaskan dari penjara. Mereka dibebaskan kerana mereka dihukum menggunakan bukti palsu.
Hukuman yang sebelumnya dijatuhkan kepada mereka dinyatakan gugur kerana didasarkan pada bukti palsu. Annie Dookhan, yang merupakan mantan ahli kimia yang bekerja untuk otoriti Massachusetts merupakan tokoh utama di balik hal ini.
Selama 9 tahun bekerja sebagai ahli kimia untuk pemerintah, Dookhan dilaporkan telah mencemari lebih dari 40 ribu kes. Dookhan sering menyatakan bahawa hasil pemeriksaan dadah positif tanpa melakukan pemeriksaan secara benar. Dia juga memaksa para banduan menandatangani hasil pemeriksaan dadah tersebut.
Dia juga didakwa mengingkari mandat yang diberikan kepadanya dan juga merosak barang bukti. Demikian dilaporkan New York Times dan dilansir news.com.au, Isnin (25/11/2013).
Atasan Dookhan mulai curiga ketika pada tahun 2010, kerana Dookhan boleh memproses sampel uji dadah tiga kali ganda lebih cepat dari koleganya yang lain. Pada tahun 2011, Dookhan tertangkap melakukan pemaksaan untuk mendapat tanda tangan seorang banduan dalam hasil pemeriksaan dadah. Pada Ogos 2012, dia mengakui semua perbuatan kotornya.
"Saya membuat kekacauan besar. Saya mengacau. Saya mengacaukan semuanya dengan buruk. Ini kesalahan saya. Saya tidak ingin makmal mendapat masalah," ucap Dookhan.
Dalam perbicaraan kesnya, Dookhan mengaku bersalah atas 27 dakwaan yang dijeratkan kepadanya, termasuk memberi sumpah palsu, merosak bukti dan menghalangi hukum. Makmal tempatnya bekerja telah ditutup kerana kes ini

0 komentar:
Posting Komentar